Keluaran dan sambutan Mael_Totey_The_Movie

Mael Totey: The Movie dikeluarkan pada 22 Oktober 2020 di Astro First.[8] Ia diiklankan sebagai sebuah filem wajib tonton semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).[7] Sebelum tayangan perdana rasmi, treler acah dan rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 15 Oktober 2020.[14] Sejak dikeluarkan, ia telah ditonton sebanyak 192,000 kali dan berada di kedudukan ke-14 video paling sohor kini.[14] Ia turut dikeluarkan di saluran YouTube Astro Gempak dan meraih sebanyak 16,000 jumlah tontonan, manakala video acahnya yang berdurasi 30 saat telah dimuat naik di Facebook Syahmi Sazli Production dan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta.[14]

Pada hari pertama tayangan perdana rasmi, filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM700,000, melepasi kos pembikinan filem sebanyak RM400,000.[15][16] Dalam tempoh empat hari selepas tayangan perdana rasmi, filem ini berjaya meraih kutipan RM2.56 juta.[17][18] Menjelang hari kelapan tayangan, Mael Totey The Movie meraih kutipan tertinggi sebanyak RM4 juta setakat pada 29 Oktober 2020.[19] Kutipan terus meningkat kepada RM5 juta menjelang hari ke-12.[20] Mael Totey The Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.4 juta sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh Polis EVO (2015) dan Hantu Kak Limah (2018).[20][21][22][2]

Filem ini mendapat ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik filem. Dalam ulasan retrospektif untuk Mael Totey The Movie, Hanafis Haris dari Astro Gempak menakrifkan filem ini sebagai sebuah karya "penuh elemen dan kejutan" sambil berpendapat "lawak dalam Mael Totey The Movie boleh dipelbagaikan, supaya boleh menarik lebih ramai penonton yang tidak pernah menonton drama spontan".[23]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Mael_Totey_The_Movie http://www.imdb.com/title/tt13285446/ http://www.cinemaonline.sg/articles/buletin_detail... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mael-tot... https://www.budiey.com/mael-totey-the-movie-syahmi... https://www.buzzkini.com/hiburan/2020/10/30/tapau-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://gempak.com/artikel/42729/belum-apa-apa-sud... https://gempak.com/artikel/43005/mael-totey-the-mo... https://gempak.com/artikel/43058/gempak-review-law... https://gempak.com/artikel/43199/penuh-pengajaran-...